Olen-olen

Puan Nor Ain Binti Ariffin merupakan usahawan yang menjual kuih Olen-olen menggunakan resepi turun temurun dari keluarga ibunya. Olen-olen yang dihasilkan beliau amat sedap dan lazat, sesuai untuk semua peringkat umur. Juga sesuai untuk dinikmati pada waktu minum petang bersama keluarga.

Nor Ain pernah mendapatkan bantuan khidmat nasihat keusahawanan dari PI Linggi seperti belajar membuat sticker produk, logo dan banner.

Sekiranya anda ingin mencuba Olen-Olen ini, sila hubungi Puan Nor Ain di talian 012-6247602