Rekabentuk Grafik

Akram Zuhair berumur 22 tahun merupakan usahawan rekebentuk grafik dalam talian (online) semenjak berberapa tahun yang lepas. Beliau memulakan perkhidmatan ini selepas beliau menamatkan pengajian beliau di peringkat diploma di Kolej Poly-Tech Mara Cawangan Ipoh setahun yang lepas. Beliau memulakan perkhidmatan beliau dengan hanya mempromosikannya kepada kawan-kawan rapat beliau.

Sejak beliau mendapat nasihat dan tunjuk-ajar dari sini, kini beliau bergiat aktif di laman-laman sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain untuk mempromosikan perkhidmatan beliau. Kini, beliau lebih berjaya dan lebih mahir dalam usaha mempromosikan perkhidmatan rekabentuk grafik itu. Beliau juga pernah ditawarkan untuk merekabentuk grafik sebuah poster design dari syarikat antarabangsa.

Akram boleh di hubungi melalui https://www.behance.net/akramzuhairr