PA sistem

Kisah kejayaan yang ingin dikongsikan ini adalah mengenai kehidupan seorang pemuda yang bernama Eric anak Dom. Beliau amat berbakat dalam pengendalian PA sistem dan sering diundang untuk menawarkan perkhidmatan beliau di majlis-majlis seperti Majlis Makan Malam, Majlis Perkahwinan dan Majlis Harijadi di kawasan yang berdekatan. Beliau sedar tentang kewujudan PEDi di Melugu dan telah menjadi ahli PEDi sejak awal penubuhan PEDi. Beliau juga sering datang untuk mendapatkan perkhidmatan dan sering menawarkan pertolongan dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan di PEDi serta merupakan sukarelawan di PEDi Melugu.

Melihat kepada minat dan bakat yang terdapat dalam diri Eric anak Dom ini, PEDi Melugu telah memberi peluang dan sokongan kepada beliau untuk mengetengahkan bakat dan potensi dalam pengendalian sistem audio semasa Program Hari Terbuka PEDi Melugu yang berlangsung pada 26 Ogos 2017. Melalui PEDi Melugu, perkhidmatan beliau lebih dikenali dan pada masa yang sama dapat meningkatkan pendapatan sampingan beliau.

Beliau boleh dihubungi melalui talian 0168857455/0194870169