Taman Jubli Bukit Aup

Taman Jubli Bukit Aup yang terletak lapan kilometer dari Seduan Rantau Panjang, Sarawak, adalah tempat yang dibina untuk tujuan riadah dan rekreasi. Taman yang telah memenangi pertandingan National Landscaping Competition (1998) telah dibuka kepada orang awam pada Mac 1993. Taman tersebut dibuka dari jam lapan pagi sehingga jam enam petang dan sesuai untuk para penduduk dan pelancong menikmati pemandangan sekitar Sibu dan Sungai Igan.

Taman Jubli Bukit Aup yang mempunyai keluasan sekitar 24 ekar dan ketinggian setinggi 59 meter ini sangat sesuai untuk pusat pelancongan. Di sini juga disediakan kemudahan meletak kenderaan, pondok-pondok rehat, anak tangga serta bagi tujuan rekreasi.

Bagi mereka yang berminat untuk melawat, boleh menghubungi talian 084-333 411 untuk keterangan lanjut.