Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS

PEDi Presint 9 Fasa 3 dan PEDi Presint 9 Fasa 10 telah bekerjasama dengan Tabika KEMAS untuk meneruskan Kelas Asas Komputer Bersama Pelajar Tabika KEMAS bagi siri ke 11 bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 3. Pada permulaan kelas, Petugas PEDi Presint 9 Fasa 3 – Puan Sarah memberi penerangan ringkas mengenai bahagian-bahagian komputer seperti monitor, papan kekunci dan tetikus. Sebagai pendedahan awal, petugas turut menerangkan fungsi pada setiap bahagian komputer tersebut kepada pelajar.

Pada latihan kali ini, setiap pelajar berpeluang mempelajari dan membuat aktiviti pembelajaran secara online menggunakan applikasi abcya.com – Number Count to 100 dan Math Bingo. Pelajar diberi masa untuk membuat latihan di komputer secara individual dan petugas bersedia memberikan bantuan kepada pelajar. Bagi sesi kedua, pelajar diminta untuk berkumpul di skrin utama untuk aktiviti seterusnya dimana petugas membuka tayangan video animasi Omar dan Hana. Kelas ini berlangsung selama satu jam bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 10.30 pagi. Seramai 25 orang pelajar daripada Kaktus 1 dan 4 yang terdiri daripada 15 orang pelajar perempuan dan 10 orang pelajar lelaki.

Maklumat lanjut https://presint9f10.pimaxis.my/aktiviti/2023/TabikaKEMASNov.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *