Latihan Keusahawanan Bersama Pelajar Giat Mara

PEDi Putrajaya telah meneruskan sesi pembelajaran untuk modul ke-5, Latihan Keusahawanan bersama Pelajar Giat Mara Putrajaya. Fokus utama bagi modul ini adalah penggunaan WhatsApp Business dalam perniagaan dan penghasilan Resume menggunakan applikasi Canva. Bagi sesi pertama, Petugas PEDi Presint 9 Fasa 10 – Puan Harwani memulakan modul pembelajaran dengan memberi penerangan mengenai asas perniagaan atas talian dan berkongsi beberapa tips yang boleh digunakan oleh pelajar untuk memulakan sesuatu perniagaan.

Melalui modul ini juga, pelajar mempelajari cara mendaftar akaun dan melihat setiap ciri khas yang terdapat dalam applikasi WhatApps Business seperti penggunaan catalog, messaging, label dan QR code. Bagi sesi kedua, modul Resume dikendalikan oleh Puan Noranis – Penolong Pengurus dari PEDi Presint 18 dimana petugas memberi tunjuk ajar cara menghasilkan resume dengan mudah menggunakan applikasi Canva. Seterusnya, setiap pelajar diminta masa untuk menghasilkan resume secara individual dan perlu menghantar tugasan tersebut.

Petugas memberi penilaian dan komen pada setiap resume yang dihantar untuk memastikan peserta dapat menghasilkan resume yang baik. Laithan Keusahawan pada sesi kali ini diadakan selama 2 jam 30 minit bermula 10.00 pagi sehingga 12.30 tengahari bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 18 yang dihadiri oleh 10 orang pelajar dan seorang guru pengiring. Latihan ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama petugas PEDi Putrajaya dan pelajar Giat Mara sesi 2/2023.

Maklumat lanjut https://presint9f3.pimaxis.my/aktiviti/2023/GiatMaraNov.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *