Bengkel Pemasaran Digital eKelas Usahawan

Pada 17 Ogos 2023 telah diadakan Bengkel Pemasaran Digital eKelas Usahawan kepada usahawan secara atas talian.

Maxis eKelas Usahawan adalah sebuah program komuniti yang bagi membantu usahawan tempatan meningkatkan perniagaan mereka seiring dengan pemerkasaan pendigitalan. Pelbagai info berkaitan dengan perniagaan secara digital telah dikongsi bagi membantu usahawan dari segi pemasaran, peningkatan jualan dan kaedah-kaedah yang digunakan bagi pemilihan produk serta pasaran jualan.