Pembenihan Ikan Air Tawar

Seorang penduduk dan anak jati Felda Taib Andak, Md Nizam Bin Abas, telah menjalankan perniagaan dengan menternak pelbagai hidupan air tawar di kampung ini. Perniagaan berskala medium ini telah dijalankan oleh beliau selama 13tahun dan sangat berpengalaman dalam perternakan hidupan air tawar.

Usahawan lebih mudah menggunakan perkhidmatan yang lengkap di PEDi serta penggunaan medium perantaraan yang semakin canggih. Pelanggan juga tertarik dengan ilmu yang diajar oleh staf PEDi dalam membuat pelbagai kertas kerja dan surat untuk memperoleh jualan yang lebih memberangsangkan.

Usahawan ini telah dapat mempelajari sesuatu melalui PEDi iaitu penggunaan media sosial untuk mengiklankan produk. Beliau telah diajar tentang penggunaan perisian mengubahsuai gambar di komputer serta pengiklanan produk makanan beliau dimedia sosial. Turut diajar enggunakan Microsoft Office dengan betul dan mengaplikasikan perniagaan beliau menggunakan Gmail.

Jadi, PEDi Felda Taib Andak telah membantu beliau dalam menyediakan platform untuk berhubung dengan para pelanggan kerana terdapatnya internet yang berkelajuan tinggi, dan kemudahan yang disediakan oleh PEDi adalah lengkap dari pelbagai segi. Usahawan tersebut gembira dan akan hadir ke PEDi untuk meminta tunjuk ajar berkenaan penggunaan komputer dalam penjualan produk secara efisyen lagi.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan benih-benih ikan, sila telefon 013-715 0200