Gua Kerbau dan Gua Batu Putih

Melihat dari jauh khususnya ketika melewati jalan ke Kodiang di Jitra, panorama beberapa bukit batu kapur yang kukuh dikelilingi sawah padi yang menjadikan landskap Kodiang kelihatan begitu unik dan menarik. Salah satu Gua yang sangat popular di Kodiang ialah Gua Kerbau yang terletak kira-kira 50 km dari Bandar Alor Setar.

Gua tersebut yang terbina dari batu kapur serta di kelilingi oleh kawasan sawah padi yang cantik dan memukau pandangan mata. Memasuki Gua Kerbau bakal memberikan pengalaman baru kepada para pengunjung yang gemarkan cabaran. Di dalam Gua tersebut terdapat beberapa anak tangga yang boleh di daki, pengunjung pasti akan merasai suasana yang gelap dan dingin sebaik sahaja memasuki Gua tersebut biarpun terhidu bau yang kurang menyenangkan disebabkan tahi kelawar, keindahan struktur stalagtait dan stalagmait yang ada di dalam gua tersebut pasti membuatkan pengunjung terpaku.

Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Zainol Husin berkata, geologi am di kawasan itu terdiri daripada bukit batu kapur yang membentuk topografi mogot di kawasan yang di kelilingi oleh enapan alluvium.

Gua Batu Putih terletak kira-kira 200 meter arah laut Gua Kerbau, terdapat lukisan-lukisan yang berbentuk manusia dan binatang .Lukisan itu dilukis oleh masyarakat Orang Asli yang pernah tinggal di situ.