Kak Ju Ayam Gunting

Puan Nor Zulaiha Binti Ramlay berusia 29 tahun atau lebih dikenali sebagai Kak Ju dikalangan penduduk kampung. Lokasi gerai beliau bersebelahan dengan PEDi Gong Kulim dan merupakan lokasi yang strategik.

Selain menjadi ejen ayam gunting Uncle Bob, beliau turut menjual pelbagai jenis minuman dan makanan untuk dijadikan kudapan tengahari bagi pelajar sekolah dan ibu bapa. Gerai beliau sering menjadi perhatian kaum ibu dan juga pelajar apabila pulang dari sekolah dan diwaktu minum petang.

Untuk sebarang pertanyaan, beliau boleh di hubungi di talian 019-700 4736.