OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kawasan Perkelahan Gunung Ledang

Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di Daerah Tangkak, Johor, Malaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter [1], Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.

Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini Di puncak gunung ini terdapat stesen pemancar TV dan radio. Stesen pemancar di sini dikhususkan bagi penduduk di Utara Johor, Melaka, bahagian barat daya Pahang dan sebahagian selatan Negeri Sembilan. Bagi TV RTM stesen pemancar Gunung Ledang dikhususkan kepada penduduk di daerah Kluang, Batu Pahat, Muar dan Tangkak di Johor dan daerah Jasin, Melaka.

Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu lagenda, iaitu lagenda Puteri Gunung Ledang.Kawasan perkelahan Air Terjun Gunung Ledang merupakan tarikan yang utama di daerah Tangkak.Pelbagai kemudahan disediakan kepada para pengunjung termasuk tempat untuk bermalam dan melalukakn aktivit berkumpulan.