Rempeyek Sally

Rempeyek Sally yang diusahakan sejak tahun 2008 oleh Puan Salmah Binti Hamid ini semakin mendapat sambutan tidak hanya dari penduduk setempat, tetapi juga dari kawasan sekitar Rembau dan Seremban.

Sekali tempahan kadang-kala boleh mencapai sehingga 30 kilogram dalam masa satu hari. Rempeyek yang dihasilkan merupakan resepi turun temurun dan tanpa bahan pengawet. Pengusahaan beliau turut mendapat kelulusan daripada Risda.

Untuk sebarang tempahan, beliau boleh dihubungi di talian 017 381 0863