Bengkel Motosikal Shazrul Akmal

Shazrul Akmal merupakan salah seorang usahawan kedai membaiki dan menyelenggara motosikal yang terdapat di Kampung Belawai, Sarawak. Beliau mula menceburi bidang ini pada awal tahun 2019 yang mana perniagaan ini kini telah terkenal dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat disamping dapat menyediakan perkhidmatan yang bermanfaat. Pada mulanya beliau kurang yakin untuk memulakan perniagaan sendiri.

Namun atas dorongan keluarga dan mendapat pinjaman dari agensi Majlis Amanah Rakyat (MARA). Beliau mula berani untuk memulakan perniagaan dengan modal yang kecil. Beliau juga mula mengambil peluang dari kemajuan teknologi yang ada dengan memanfaatkan teknologi digital untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau. Seringkali dilihat beliau mengemaskini status jualannyanya di laman facebook dan whatsapp miliknya. Berkat usaha beliau kadar purata pendapatan harian beliau mencecah hampir RM200 sehari.

Shazrul Akmal pernah mengikuti pelbagai kursus yang dianjurkan oleh pihak PEDi Kg. Jerijeh seperti Kursus Asas ICT. Beliau telah mempelajari kaedah menggunakan perisian Microsoft Office, E-Commerce, Multimedia Websites dan Facebook. Selain itu beliau juga sering kali berkunjung ke PEDi untuk mencari maklumat berkenaan perniagaan beliau.

Pihak yang ingin berurusan dengan En Akmal untuk sebarang tempahan atau pembelian boleh hubungi talian 013 5695384 @ alamat Kampung Lot Baru Fasa 2, 96150 Belawai, Sarawak.