Ikan Salai Dan Ikan Masin

Puan Selina merupakan pengusaha ikan salai dan ikan masin yang dikenali penduduk setempat. Beliau telah mula berniaga sejak tahu 2003 lagi. Beliau akan menghantar produk jualannya ke Pekan Batu Niah. Puan selina sering menghadapi kekangan masa kerana beliau perlu membahagikan masa untuk berniaga dan membuat ikan masin dan ikan salai kemudian menghantarnya ke Pekan Batu Niah. Tambahan pula, proses membuat ikan masin bergantung pada cuaca.

Namun, Selepas penglibatannya secara aktif dengan PEDi, beliau telah mula berniaga secara atas talian dan menerima tempahan melalui whatapps. Hasil tempahan produk semakin bertambah. Selain itu, beliau juga diajar cara menguruskan masa dengan lebih efektif. Kesannya, beliau boleh berniaga secara langsung dan juga secara atas talian. Untuk sebarang tempahan, beliau boleh di hubungi di talian 011-26813304.