Jus Magic Herb

Puan Jonaili Othman merupakan usahawan PEDi Kota Pekan yang tinggal di Rumah Rakyat Kota. Beliau mengusahakan perniagaan makanan tambahan iaitu Jus Magic Herb. Perniagaan beliau merupakan perniagaan bersama keluarga di mana produk beliau dihasilkan sendiri dari rumah (Homemade).

Produk yang dihasilkan ialah JusMagic Herb. Jus Tersebut merupakan makanan tambahan untuk membantu mengurangkan masalah-masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi. Puan Jonaili telah memasarkan produk beliau seluruh Malaysia melalui stokis dan agen dropship yang telah berdaftar. Selain itu, Jus Magic Herb juga telah dipasarkan ke Brunei.

Peniagaan keluarga ini mendapat sambutan bukan sahaja masyarakat setempat malah seluruh Malaysia. Beliau sering ke PEDi Kota Pekan untuk menggunakan perkhidmatan internet termasuklah menggunakan perkhidmatan kurier SKYNET untuk menghantar produk ke stokis mereka . Jus Magic Herb merupakan Produk Kesihatan yang dihasilkan 100% secara homemade. Produk ini menggunakan bahan – bahan semulajadi sebagai bahan utama .

Pelbagai manfaat boleh diperoleh melalui produk ini. Ia telah pun dipasarkan secara meluas di seluruh Malaysia dan Brunei melalui stokis – stokis yang berdaftar.

Hubungi 014-388 9942