Shahruddin Bin Zakaria

Encik Shahruddin Bin Zakaria, berumur 64 tahun dan menetap di Baru 3 ½, Jalan Kurong Batang, 01000 Kangar, Perlis. Encik Shahruddin mula menjadi ahli PI Pokok Jawi sejak Januari 2015. Beliau sering datang ke PI Pokok Jawi untuk melayari internet. Beliau juga sangat memanfaatkan kemudahan yang ada di PI.

Sebelum beliau didedahkan dengan ICT, beliau tidak mahir dalam penggunaan komputer dan ICT. Pada mulanya beliau malu untuk belajar menggunakan kemudahan yang ada di PI Pokok jawi. Tetapi beliau cuba membuang perasaan malu demi untuk mempelajari penggunaan komputer dan ICT yang diadakan oleh pihak PI Pokok Jawi melalui kelas latihan ICT dan asas komputer. Kini, beliau telah mahir dalam melayari internet dan sering mengunjungi PI Pokok Jawi untuk melayari Berita Harian secara online bagi memperolehi maklumat/berita terkini.

Selepas mahir dalam ICT, beliau menyatakan kini beliau lebih senang mengetahui maklumat terkini dengan melayari internet sahaja. Beliau juga berkata kelas yang diadakan di PI Pokok Jawi sangat berguna kepada masyarakat setempat kerana dengan adanya kelas latihan yang diadakan, masyarakat setempat dapat mempelajari sesuatu yang baru dan dapat menambah pengetahun dalam ICT.

Beliau berharap masyarakat masa kini sedar akan kepentingan wujudnya PI adalah untuk memajukan dan meningkatkan pengetahuan ICT kepada komuniti.