Program Latihan Keusahawanan Digital

PEDi Taib Andak – Program latihan keusahawanan digital ini berlangsung dengan baik. Kelas ini telah berlangsung selama 2 hari bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang dengan kehadiran 8 orang peserta yang terdiri dari usahawan-usahawan di Felda Taib Andak dan kawasan sekitar Kulai. Latihan ini adalah sebuah inisiatif Program Realisasi Impian Ekonomi Digital (PRIME).

Objektif latihan keusahawanan digital ini adalah untuk melatih dan mendorong para usahawan ke arah pendigitalan seperti pendaftaran domain perniagaan, aplikasi TikTok, Facebook, Instagram, Google Trend, Google Business Profile dan macam-macam lagi. Diharapkan kelas seperti ini dapat memberi manfaat kepada para usahawan yang terlibat dan mengharapkan lebih banyak program keusahawanan seperti ini diadakan demi untuk membantu para usahawan di Felda Taib Andak dan kawasan sekitarnya.

Maklumat lanjut http://feldataibandak.pimaxis.my/aktiviti/2023/UshwnDigitalJul.html