Riz Ryan Riezkiey

Riz Ryan Riezkiey , berusia 11 tahun dan merupakan pelajar di Sekolah Kebangsaan Kota. Ryan telah menjadi ahli PEDi Kota Pekan pada 2016 dan merupakan seorang kanak-kanak yang aktif. Beliau memanfaatkan kelebihan PEDi yang terletak berhampiran dengan kediamannya. Ryan rajin datang ke PEDi untuk menggunakan perkhidmatan yang ada. Beliau juga sering mengikuti kelas-kelas yang ada di PEDi. Sebelum penglibatan beliau di PEDi Kota Pekan, beliau kurang mahir menggunakan komputer. Tahap kesedaran untuk penggunaan komputer dan internet dengan betul juga agak rendah.

Selepas penglibatan, beliau kini semakin mahir menggunakan komputer. Ryan sudah mula mengenali komponen serta fungsi-fungsi perkakasan komputer. Beliau turut mahir menggunakan perisian Ms Word dan Canva. Selain itu, rayyan menggunakan ilmu yang dipelajari untuk mencari maklumat dan menyiapkan tugasan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Ryan dapat meningkatkan kreativiti dan daya pemikiran setelah memahami dan mempraktikkan penggunaan komputer dengan betul.