Pemborong Ubi Keledek

Bermulanya PKP, rakyat disarankan untuk duduk dirumah tanpa perlu kemana-mana kecuali untuk urusan penting seperti ke klinik dan membeli barang keperluan sahaja. Oleh itu, ramai peniaga kecil terjejas pendapatan ketika wabak ini melanda. Namun, usahawan PEDi Presint 9 Fasa 3 ini telah mengambil langkah proaktif ketika wabak ini dengan menjadi pemborong ubi keledek dan keropok lekor semasa PKP berlangsung.

Encik Anas telah menjalankan perniagaan ini bermula awal PKP dengan meminta kebenaran daripada pihak polis untuk membolehkan beliau menjadi pembekal barang keperluan semasa PKP. Beliau telah menggunakan laman sosial seperti Facebook Pages dan Marketplace sebagai medium untuk mempromosikan perniagaan disambil untuk memudahkan urusan mencari pelanggan ketika musim PKP.
Encik Anas sendiri yang akan menghantar tempahan pelanggan terus ke rumah mereka kerana pada waktu ini, rakyat Malaysia masih dilarang untuk keluar dari rumah tanpa urusan penting. Dengan inisiatif ini, pendapatan beliau tidak terganggu walaupun ketika PKP berlangsung. Staff PEDi juga telah membimbing beliau secara atas talian iaitu dengan membantu untuk membuka Facebook Pages perniagaan, cara mempromosikan produk di Marketplace dan sebagainya.

Beliau boleh dihubungi di 014-736 9522