Cili Fertigasi

Puan Noraida merupakan salah seorang usahawan cili bara yang terdapat di Kampung Jerijeh Baru, Sarawak. Beliau mula menceburi bidang ini pada awal tahun 2020 di mana perniagaan ini kini telah terkenal dan mendapat tempahan yang amat menggalakkan. Pada mulanya beliau kurang yakin untuk memulakan perniagaan sendiri. Namun atas dorongan keluarga dan mendapat pinjaman dari agensi Amanah Ikthiar Malaysia (AIM) beliau secara berani untuk memulakan perniagaan dengan modal yang kecil. Beliau juga mula mengambil peluang dari kemajuan teknologi yang ada dengan memanfaatkan teknologi digital untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau. Seringkali dilihat beliau mengemaskini status jualannyanya di laman facebook dan whatsapp miliknya. Berkat usaha beliau kadar purata pendapatan harian beliau mencecah hampir RM360 sekali tuaian.

Puan Noraida pernah mengikuti pelbagai kursus yang dianjurkan oleh pihak PEDi Kg. Jerijeh dan kursus yang diadakan seperti Kursus Asas ICT. Beliau telah mempelajari kaedah menggunakan perisian Microsoft Office, E-Commerce. Multimedia Websites dan Facebook. Selain itu beliau juga sering berkunjung ke PIK Kg. Jerijeh untuk mencari maklumat, membuat laporan, membuat rekod berkenaan perniagaan beliau.

Pihak yang ingin berurusan dengan Puan Noraida untuk sebarang tempahan atau pembelian boleh hubungi talian 014 3536016 @ alamat Kampung Jerijeh Baru, 96150 Belawai, Sarawak.