Badrul Amin

Adik Badrul Amin merupakan pelajar Tingkatan 2 sekolah Agama Al Ihya Al Syarif Semanggol. Beliau sebelum ini merupakan seorang pelajar yang sangat pemalu dan kurang bercakap. Beliau kurang menggunakan komputer kerana di sekolah penggunaan komputer bagi pelajar adalah terhad.

Setelah beliau menghadirkan diri ke Pusat Internet, beliau kini belajar banyak aplikasi komputer yang tidak pernah beliau tahu. Beliau seorang yang kreatif, tetapi tidak dipraktikkan kerana kurang bergaul dan seriang bersendirian.

Dengan adanya Pusat Internet kini beliau mahir dalam menghasilkan presentation menggunakan microsoft power point. Dan beliau diajar bagaimana untuk membuat pembentangan dengan menggunakan slide yang dihasilkan dan hasilnya beliau kini berani untuk bercakap di hadapan orang ramai.beliau sangat suka menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif dan kini beliau sedang mempelajari cara untuk menghasilkan video.