Taman Negara Batang Ai

Taman Negara Batang Ai merupakan salah satu tarikan pengunjung ke Batang Ai. Taman negara tersebut dapat dihubungi melalui jalan sungai dengan perahu sewa yang disediakan oleh penduduk tempatan atau agensi pelancongan yang telah dipertanggungjawabkan.

Antara aktiviti menarik yang dapat dilakukan di situ seperti melihat spesies orang utan, gibbons, dan burung kenyalang. Larangan memburu di taman negara tersebut sedikit sebanyak dapat mengekalkan ekosistem di tempat tersebut.

Antara koperasi yang telah ditubuhkan untuk membangunkan taman negara seperti Ko-operasi Serbaguna Batang Ai.