Memancing di Aqua Berangan Enterprise

Kolam Aqua Berangan Enterprise (ABE) merupakan sebuah tempat rekreasi yang menjalankan aktiviti memancing ikan. Terletak kira-kira 3km dari Pusat Internet 1 Malaysia Pokok Jawi dan kira-kira 12 km dari Bandar Kangar.

Kawasan kolam tersebut amat cantik dan menarik kerana dikelilingi bukit-bukau. Terdapat 3 kolam besar di Kolam ABE untuk aktiviti memancing. Terdapat pelbagai kemudahan seperti surau, kedai makan dan sebagainya. Ia menjadi tarikan kepada penduduk tempatan dan luar untuk berekreasi.

Sila hubungi 012 567 2521