Skim Pembiayaan Micro/i BSN – Semarak PEDi

BSN Micro Semarak PEDi ialah satu kemudahan pinjaman mikro di bawah inisiatif Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga) yang ditawarkan kepada peserta Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang menceburi bidang perniagaan. Skim Pembiayaan BSN Micro/i ini menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM75,000 pada kadar 4.0 peratus (kadar asas tetap) untuk tempoh pembiayaan sehingga 5.5 tahun termasuk moratorium (rehat bayaran) bagi enam bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan.

Antara syarat untuk memohon pembiayaan ini adalah :

Peserta yang telah berdaftar dengan PEDi.
Syarikat tersebut dimiliki oleh warganegara Malaysia
Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan (PBT).
Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 6 bulan.


Para pengusaha mikro boleh memohon Skim Pembiayaan BSN Micro/i ini menerusi secara dalam talian melalui laman web BSN, mengunjungi cawangan BSN atau Pusat Mikro Kewangan BSN berhampiran. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, boleh layari www.bsn.com.my atau datang sendiri ke cawangan BSN berdekatan.

Sumber : Laman web BSN & BERNAMA

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *