Telah berlangsungnya Program Korban dan Jamuan Hari Raya Aidiladha bersama Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya. Program ini merupakan program anjuran bersama MPP Putrajaya, Perbadanan Putrajaya, Yayasan WP dan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Putrajaya.
Program ini merupakan acara tahunan bersempena sambutan Aidiladha setiap tahun di Putrajaya. Staf PEDi Presint 18 turut serta menyertai program ini bersama komuniti sekitar sebagai salah satu inisiatif menjalinkan ukhwah dengan masyarakat setempat.
Program telah diadakan di Perkarangan Pusat Perlindungan Kucing Presint 9, Putrajaya. Komuniti yang hadir untuk program kali ini terdiri daripada penduduk sekitar Putrajaya. Program korban bermula pada jam 8.00 pagi dan jamuan Hari Raya Aidiladha bermula pada jam 12.00 tengahari sehingga selesai.