ORAE Jun Di PEDi

Tiga orang peserta lelaki dan sorang peserta wanita telah mengikuti Peperiksaan Radio Amatur Berkomputer (ORAE) di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Presint 9 Fasa 3. Peperiksaan ini yang berlangsung selama tiga jam dan bermula pada pukul 2:00 petang sehingga 5:00 petang. Peperiksaan ini telah dikawalselia oleh En Anas, pegawai daripada MCMC WPSO dengan SOP baharu.

Peperiksaan Radio Amatur Berkomputer (ORAE) ini adalah suatu perkhidmatan radio komunikasi yang digunakan bagi tujuan latihan diri, perhubungan dan penyiasatan teknikal yang dijalankan oleh individu yang memegang lesen radio amatur.

SKMM merupakan salah sebuah badan yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan mengendalikan Stesen Radio Amatur dan mempunyai autoriti mengeluarkan lesen bagi mereka yang telah lulus menduduki ujian Peperiksaan Radio Amatur.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *