Pada 21,22, dan 23 Jun 2022 , PEDi Yan Kechil telah mengadakan Kursus Pemasaran Tiktok di bilik latihan PEDi Yan Kechil. Kursus ini bertujuan untuk membantu menangani masalah pengangguran yang serius dalam kalangan belia.
Selain itu, ilmu yang dikongsikan dapat membantu golongan belia dalam menjana pendapatan dan memberi ilmu percuma dimana nilai sebenar modul kursus ini anggaran RM500-RM3000. Modul lengkap bernilai RM5000 diberikan secara percuma kepada semua peserta yang mengikuti kelas pada tiga hari tersebut. Sijil penyertaan juga disediakan.
Kandungan Modul adalah seperti berikut :
Pengenalan dan setting pemula
penyediaan bahan dan kontent
strategi dan setting teknikal tiktok ads manager
kaji dan analisis hasil daripada iklan yang dijalankan