Kursus Suntingan Menggunakan Microsoft PowerPoint

Kursus Suntingan Menggunakan Microsoft PowerPoint telah diadakan di PEDi Taman Sepakat Jaya pada ahad yang lalu. Kursus suntingan kali ini berbentuk interaktif dan kreatif. Seramai 9 orang peserta yang mengikuti kursus kali ini.

Peserta turut diberi pendedahan sedikit mengenai Advokasi Online Grooming. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mendedahkan peserta mengenai kelebihan Microsoft PowerPoint dalam pembikinan suntingan sesuatu subjek/objek. Selain itu, mengajar peserta beberapa topik penting dalam suntingan. Antaranya adalah:

Image Out Of Text (Imej Daripada Teks)
Membuat Logo Perniagaan/Personal
Membuat Sticker (Whatsapp) Menggunakan Logo
Latihan & Praktikal


Kelebihan dan kebaikan kursus ini adalah peserta mempelajari ilmu baru menggunakan Microsoft PowerPoint dan mengetahu kepelbagaian aplikasinya yang lain. Selain itu, peserta boleh menggunakan pembelajaran pada hari tersebut untuk kegunaan masing – masing seperti membuat logo sendiri.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *