Pembaharuan Lesen Perniagaan SSM

Sesi pembaharuan lesen perniagaan SSM melalui akaun Ezbiz telah diadakan dengan jayanya bersama ikon usahawan PEDi iaitu Puan Noraini binti Mohammad. Puan Noraini merupakan antara usahawan awal yang mendapat pengeculian fi melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP).

Setelah menikmati kemudahan yang diberikan selama setahun, maka Puan Noraini ingin memperbaharui lesen perniagaan beliau yang telah tamat tempoh pada bulan Jun yang lalu. Melalui pembaharuan pada kali ini, Puan Noraini perlu membayar sebanyak RM 70.00 kepada pihak SSM memandangkan perniagaan beliau sebelum ini didaftarkan atas pemilihan Trade Name.

Pembaharuan ini tidak mengambil masa yang terlalu lama iaitu hanya sekitar setengah jam sahaja. Bermula dengan log masuk ke akaun Ezbiz beliau yang sedia ada kemudian memilih untuk memperbaharui atas nama sendiri.

Kemudian, memasukkan nombor pendaftaran perniagaan yang sedia ada dan paparan jumlah akan dipaparkan secara automatik. Akaun Ezbiz ini amat penting bagi tujuan memudahkan proses pembaharuan tanpa perlu ke cawangan SSM yang berdekatan. Puan Noraini telah memperbaharui lesen SSM beliau selama setahun tahun sehingga 15 Julai 2023.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *