Program Pendidikan Literasi Fungsian

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Melugu telah mengadakan Program Pendidikan Literasi Fungsian bersama staff dari KEMAS Sri Aman dengan menjemput penduduk yang terdapat di sekitar kawasan Melugu.

Program ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta yang menghadapi masalah untuk menulis, membaca dan mengira. Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas PLF yang telah diadakan pada masa lepas. Dalam kelas ini, peserta diminta untuk membuat latihan-latihan berkaitan dengan suaipadan huruf besar dan kecil menggunakan pembaris.

Selain itu, peserta juga diminta untuk mengeja perkataan-perkataan berkaitan dengan huruf-huruf yang telah dipadankan.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *