Program Kaunter Tabung Haji Bergerak

PEDi Gong Kulim dengan kerjasama Tabung Haji Pasir Puteh telah membawa Perkhidmatan Kaunter Tabung Haji Bergerak kepada komuniti sekitar Kg Gong Kulim. Program ini bertujuan memberi kemudahan kepada komuniti untuk melakukan pelbagai urusan Tabung Haji. Antara perkhidmatan yang disediakan dalam program ini ialah:

  1. Buka Akaun Simpanan TH – serendah RM2 sahaja
    Untuk Akaun Kanak-kanak, sila bawa
    -Sijil Kelahiran; Asal & Photostat
  • KP Penjaga; Asal & Photostat
  1. Tambahan Simpanan
  2. Pendaftaran Haji
  3. Semakan Tahun Giliran Tunai Haji
  4. Caruman Potongan Gaji
  5. Penamaan
  6. Daftar Kemudahan Online
  7. Aplikasi Thijari
  8. Kemaskini Maklumat Peribadi

Program ini juga memberi peluang kepada umat Islam di Malaysia yang masih belum mempunyai akaun TH untuk membuka akaun TH tanpa perlu ke Bandar Pasir Puteh.

Oleh kerana program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari komuniti sekitar dan mendapat permintaan supaya diteruskan program ini di masa akan datang, kami dengan berbesar hati akan berusaha membawakan Perkhidmatan TH Bergerak di PEDi Gong Kulim pada masa akan datang. Kerjasama dengan Agensi kerajaan untuk kemudahan komuniti adalah tanggungjawab kami.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *