Kelas Membuat Poster

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Semuba telah Kelas Asas Photoshop Membuat Poster kepada peserta yang berminat untuk mempelajari asas Adobe Photoshop. Kelas ini telah diadakan pada 15 Julai 2022 pada jam 10 pagi sehingga 11.30 pagi. Sepanjang Kelas berlangsung, Staf PEDi memberi penerangan dan fungsi Adobe Photoshop secara teperinci.

Kelas ini bertujuan untuk menarik minat peserta untuk mempelajari asas rekaan dengan menggunakan Adobe Photoshop. Didalam kelas ini Staf PEDi mengajar penggunaan dan fungsi tool yang dipapar didalam tool bar di Adobe Photoshop.

Selain itu Staf PEDi juga mengajar cara untuk membuat poster dengan saiz dan format yang betul, Staf PEDi memberi tugasan kepada peserta untuk membuat poster supaya peserta dapat menggunakan kemahiran dan kreativiti peserta, peserta membuat poster sambil dibantu oleh Staf PEDi supaya dapat meningkatkan kemahiran penggunaan Adobe Photoshop.

Akhir kelas ini peserta dapat menghasilkan poster yang menarik dengan menggunakan asas tool di di dalam Adobe Photoshop.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *