smart

Kelas Pengenalan Microsoft Word

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Chengal telah mengadakan kelas pengenalan Microsoft word. Kelas ini telah diadakan selama dua jam bermula daripada jam 2.00 petang hingga jam 4.00 petang. Perisian Microsoft Word adalah untuk membolehkan pengguna menaip dan menyimpan dokumen. Kelas pengenalan Microsoft Word ini bertujuan mengajar pelajar mengenali tools dan fungsi yang terdapat dalam perisian tersebut.

Di dalam kelas ini, pelajar dapat meningkatkan daya kreativiti menerusi penggunaan cara untuk menggunakan jenis tulisan, cara mengubah kedudukan tulisan serta cara untuk menyimpan kerja pelajar. Kelas ini juga dapat menggalakkan pelajar menggunakan komputer dengan mudah dalam proses pembelajaran pada masa akan datang.PEDi Kg. Chengal sangat berharap agar kelas ini dapat melahirkan pelajar yang celik IT dan memanfaatkan kemudahan yang disediakan di sini.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *