Webinar Blueprint Bisnes eCommerce

Webinar yang bertajuk Blueprint Bisnes eCommerce telah berlangsung pada 16 Julai 2022 bersamaan hari sabtu. Webinar ini dianjurkan oleh pihak Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) dengan kerjasama Iskandar Regional Development Authority dan pihak Easy Store.

Webinar ini berlangsung selama dua jam bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari menggunakan aplikasi Zoom. Encik Amirul Mokhtar telah menjadi panel pada webinar berkenaan dan merupakan pelatih eCommerce, Easy Store. Beliau ditemani oleh Encik Marzuqi Said yang bertindak selaku moderator.

Webinar ini sememangnya memfokuskan kepada beberapa intipati utama iaitu (Be an expert), (Create a Business), (Full Funnel Marketing Strategy) dan (Growth). Perkongsian webinar ini sememangnya amat menarik memandangkan Encik Amirul bukan sahaja menerangkan tentang blueprint yang diperlukan di dalam sesuatu perniagaan tetapi apa yang lebih utama adalah pengenalan kepada Easy Store.

Beliau turut mengajar kaedah yang mudah untuk menciptakan Easy Store khususnya kepada para usahawan yang belum mengetahuinya. Webinar ini bukan sahaja bagus untuk usahawan di era digital bahkan menjadi platform terbaik bagi usahawan baru yang ingin memulakan sesuatu perniagaan.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *