Bimbingan Menggunakan ICT

Pada 18 Julai 2022 (Isnin), Adik Nursyira telah berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) PPR Kg. Batu Muda untuk melakukan tugasan sekolah beliau.

Beliau meminta bantuan daripada kakitangan PEDi untuk membimbing beliau dalam menggunakan PC, cara mencari gambar dan menyimpan gambar dari Google. Pihak kakitangan PEDi memberi tunjuk ajar cara membuat carian gambar yang diinginkan di Google dan juga turut memberikan penerangan cara untuk menyimpan gambar tersebut tersebut. PEDi PPR Kg. Batu Muda menyediakan pelbagai kemudahan untuk penduduk sekitarnya.

Sebarang pertanyaan atau tunjuk ajar, komuniti sekitar boleh terus datang ke PEDi. Pihak kami akan membantu komuniti sekitar dengan sebaik mungkin. Semoga apa yang diajar kepada ahli PEDi dapat di manfaatkan dengan sebaiknya.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *