Unit Pemasaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah menganjurkan satu webinar untuk menerangkan pendekatan dan inisiatif terkini pendaftaran program SPPP yang dikelolakan oleh pihak SSM. Untuk sebelum ini, pihak SSM fokus dalam menekankan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) bagi golongan b40 dan para pelajar. Baru-baru ini pihak SSM turut menganjurkan satu skim yang bersesuaian untuk golongan orang kurang upaya (OKU) iaitu S1O1P yang bermaksud Skim 1 OKU 1 Perniagaan.
Dalam program S1O1P ini adalah satu initiatif untuk golongan orang kurang upaya (OKU) yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM di bawah akta Pendaftaran Perniagaan 1956 diberi pengecualian Fi Pendaftaran dan Pembaharuan. S1O1P ini diberikan untuk temph satu tahun pendaftaran perniagaan baru dan pembaharuan perakuan pendaftaran yang didaftarkan. Permohonan maklumat perniagaan dan cawagan dikenakan bayaran seperti biasa. Kepada peniaga diluar sana rebutlah peluang yang diberikan oleh pihak SSM ini.