Kakitangan PEDi Tanjong Bowang telah mengadakan sebuah Kelas Bimbingan iaitu modul Job Employability bersama dengan 2 orang pelajar lepasan SPM yang juga merupakan ahli PEDi Tanjong Bowang.
Di dalam sesi Kelas Bimbingan ini, Pengurus PEDi Tj. Bowang telah berkongsi mengenai:
-Cara mendaftar dan membuka akaun laman web E-Recruitment.
-Cara mendaftar Sarawak ID bagi tujuan pendaftaran akaun E-Recruitment.
-Penerangan mengenai jawatan-jawatan yang ada di dalam senarai E-Recruitment.
-Penerangan mengenai jenis laman web portal cari kerja atas talian yang lain selain daripada portal Kerajaan.
Pihak PEDi Tj. Bowang amat berbesar dapat berkongsi ilmu dan kemahiran yang ada kepada pelajar ini dan semoga kelas yang disampaikan bermanfaat.