Mencipta Poster Kemerdekaan 2022

PEDi Kg Padang Wahid telah mengadakan satu kelas asas canva (mencipta poster kemerdekaan) kepada para pelajar sekolah renda. Kelas ini telah melibatkan pelajar darjah 3,4 dan 6 Sekolah Kebangsaan Kedawang,Langkawi.Kelas ini bertujuan untuk menilai dan melihat peningkatan para pelajar selain menggunakan masa selepas sekolah dengan baik dengan aktiviti yang berfaedah di PEDi.

Selain itu terdapat juga penilaian dibuat berdasarkan tugasan yang telah diberikan dan hasil tugasan akan dinilai selepas proses menyiapkan tugasan. Antara tugasan yang telah diberikan ialah para pelajar ditugaskan untuk membuat satu poster berkaitan dengan kemerdekaan, cara penilaian adalah berdasarkan pemilihan topik, pemilihan warna, pemilihan template dan juga cara-cara pelajar mengubah template tersebut mengikut kreativiti mereka sendiri.

Dilihat para pelajar begitu bersungguh-sungguh menunjukkan kebolehan dan bakat masing-masing.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *