Kelas Asas ICT aplikasi Paint telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan aplikasi Paint serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk mewarna poster bendera Malaysia menggunakan tools yang terdapat dalam aplikasi Paint mengikut kreativiti masing-masing.
Pada akhir kelas, staf menilai hasil kerja pelajar untuk diberi markah yang sesuai dengan mengambil kira kekemasan dan kreativiti yang dihasilkan. Semoga kelas ini bermanfaat kepada pelajar yang terlibat bagi melahirkan pelajar yang celik ICT.
Program yang berlangsung sekitar jam 2.30 petang dan berlangsung selama 2 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Terlebih Berkongsi dan Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 4.30 petang. Kehadiran adalah seramai 4 orang peserta daripada pelajar tahun 4 dan 5 SK Abg Buyuk Jerijeh.
Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.