Pada 13 Ogos 2022, PEDi Tj. Bowang telah mengadakan kelas bertemakan Kemerdekaan bersama dengan para pelajar dari SK Atas seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 13 Ogos 2022 (Sabtu)
Masa: 9.00 am – 10.00 am
Bil. Pelajar: 3 orang (8 tahun – 11 tahun)
Di dalam kelas ini para pelajar telah didedahkan dengan topik seperti berikut:
Kenali Malaysia Kita:
Hari Kemerdekaan
Jalur Gemilang
Bunga Kebangsaan
Pelajar turut dibawa menonton tayangan video pendek mengenai sejarah perjuangan Leftenan Adnan yang telah berjuang mempertahankan Bukit Chandu dahulu dalam mempertahankan Malaysia dan Singapura. Pengurus PEDi Tj. Bowang turut telah mendedahkan teknologi Augmented Reality (AR) untuk memperkenalkan mengenai Monumen Negara Malaysia iaitu Menara Berkembar Petronas (KLCC) sebagai salah satu World Architecture yang hebat dan harus dibanggakan oleh rakyat Malaysia.
Setelah itu, mereka turut diberikan kuiz dalam talian menggunakan platform Quizziz. Pelajar diberi 30 soalan berkaitan Kemerdekaan dan harus menjawab dalam masa yang ditetapkan. Selain itu, pelajar turut diberi peluang meneroka laman web E-Learning iaitu abcya.com untuk memanfaatkan masa yang ada dengan bermain permainan berbentuk edukasi di dalam laman web tersebut.
Kakitangan PEDi Tj. Bowang berbesar hati dapat berkongsi ilmu dan kemahiran bersama dengan adik-adik ini, dan diharapkan ilmu yang disampaikan bermanfaat buat mereka.