Pada 12 Ogos 2022, PEDi Kesedar Lebir telah menganjurkan Pertandingan Melukis Poster Merdeka sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-65 pada tahun ini. Pertandingan berlangsung sepanjang bulan Ogos ini dan tarikh tutup adalah 16 September 2022.
Pertandingan ini terbuka kepada semua dan ahli yang berdaftar dengan PEDi Kesedar Lebir lebih diutamakan.Tujuan pertandingan diadakan adalah untuk menyuburkan rasa cinta pada negara dan menyuntik semangat komuniti dalam menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.