Bertempat di Dewan Masyarakat Majlis Daerah Kanowit telah diadakan Ceramah tentang” Kesedaran Jenayah Siber”. Ceramah ini telah berlangsung daripada pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Ceramah ini merupakan kolaborasi kluster PEDI kanowit bersama Pejabat Polis Daerah Kanowit,Bahagian Kesihatan dan Pembangunan Bandar Majlis Daerah Kanowit.
Hal ini bagi membantu komuniti setempat memahami contoh jenayah siber seperti penipuan kewangan,Hacking dan lain-lain. seterusnya, mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah siber yang semakin berleluasa pada masa kini.