Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Pasir Pandak. Kelas bermula pada pukul 1000AM serta tamat pada pukul 100PM.
Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara membuat sijil penghargaan atau sijil penyertaan dengan menggunakan Microsoft Office Word yang mudah dan mesra pengguna. Peserta diajar dan dibimbing sepenuhnya dari awal kelas sehingga beliau mahir menyediakan dan menyiapkan sendiri tugasan yang diberikan tanpa pengawasan atau bimbingan sepenuhnya daripada pengajar. Peserta juga diberi penerangan tentang tujuan dan perlunya sijil penghargaan atau sijil penyertaan pada diberikan kepada bakal-bakal peserta yang menghadiri sesuatu majlis atau acara khasnya kursus.
Kelebihan kelas ini ialah peserta secara langsung dapat ilmu mengenai tatacara membuat sijil penghargaan @sijil penyertaan. Ini merupakan kebaikan juga kepada peserta itu sendiri dan penting kerana ia amat diperlukan dalam mana-mana organisasi atau agensi pada masa akan datang dalam penganjuran mana-mana majlis tanpa mengira majlis rasmi ataupun tidak. Sebagai penganjur sesuatu acara, penganjur perlu menyediakan sijil tersebut bagi menghargai penyertaan peserta-peserta yang menghadiri sesuatu majlis atau acara khasnya kursus yang dianjurkan.