Cara Menggunakan Aplikasi CMCCS

Pada 24 Ogos 2022, Pusat Ekonomi Digital Gong Kulim telah mengadakan satu kelas ICT secara persendirian untuk Puan Sanaria. Puan Sanaria meminta tunjuk ajar daripada staf PEDi untuk mengajar beliau cara untuk menggunakan aplikasi CMCCS melalui android.

Puan Sanaria turut meminta staf PEDi mengajar beliau cara untuk muat turun aplikasi tersebut. Staf PEDi membantu Puan Sanaria muat turun aplikasi CMCCS dan membantu beliau membuat pendaftaran sebagai pengguna baru.

CMCCS merupakan alat bantuan komunikasi dan makluman dua hala antara Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia yang berurusan menggunakan Sistem Kutipan Mikro Kredit Tanpa Tunai (CMCCS) dengan vendor pembangun sistem. Pengguna boleh membuat bayaran, membuat semakan rekod bayaran, memperoleh makluman terkini, dan juga membuat aduan melalui Live Chat.

Dengan adanya kelas-kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital (PEDi), secara tidak langsung dapat membantu komuniti serta pelajar-pelajar sekitar PEDi mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung juga dapat melahirkan lebih ramai golongan ibu bapa dan pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *