Ahad 21 Ogos 2022, Pusat Internet Ekonomi Digital Keluarga Malaysia PEDi Tebelu telah mengadakan mengadakan aktiviti kemerdekaan iaitu membuat kraftangan sempena kemerdekaan. Kelas ini telah dihadiri 7 orang peserta yang terdiri pelajar dari tahun 6 SK Tebelu.
Aktiviti ini memberi peluang kepada peserta untuk menghasilkan idea serta dapat bekerjasama dalam menyiapkan hasil kerja mereka. Diakhir kelas peserta diminta bersama-sama menyanyikan lagu anak Malaysia. Para peserta sangat seronok dengan aktiviti seperti ini dan kelas berakhir pada jam 12.00 tengah hari.