Pada 29 Ogos 2022 iaitu bersamaan pada hari Isnin, Pengurus PEDi Semanggar Dalam telah didatangi oleh seorang penduduk Kg.Semangar Dalam, Cik Aljaakhirah binti Mohd Jehwan bagi tujuan membantu beliau cara-cara memperbaharui lesen FINAS. Kami telah meminta beliau untuk menyediakan segala maklumat yang diminta terlebih dahulu seperti nombor kad pengenalan, no telefon, alamat rumah, dan emel dan lain-lain lagi bagi memudahkan urusan pendaftaran nanti.
Kelas ini dijalankan selama 2 jam pada sebelah petang. Pada akhir kelas, Cik Aljaakhirah mengucapkan terima kasih di atas bimbingan dan tunjuk ajar kami.Beliau juga melahirkan hasrat untuk menyertai kelas-kelas yang dianjurkan PEDi Semanggar Dalam pada masa akan datang.