Puzzle Merdeka

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) PPR Kampung Muhibbah telah melaksanakan aktiviti untuk meraikan bulan kemerdekaan Malaysia ke-65 yang bakal tiba tidak lama lagi. Aktiviti kali ini melibatkan tujuh orang peserta yang hadir ke PEDi untuk menyertai permainan Puzzle Merdeka yang dijalankan secara dalam talian. Penyertaan peserta pada kali ini melibatkan pelajar-pelajar yang berumur dari usia 7 tahun hingga ke 18 tahun dan mereka semua adalah merupakan penduduk setempat yang tinggal di kawasan PPR Kampung Muhibbah.

Permainan puzzle ini dipertandingkan dalam tiga pusingan dan setiap segmen mempunyai kepingan gambar puzzle yang berbeza. Pada awal permainan, setiap peserta akan mengakses pautan link portal permainan puzzle yang diberikan oleh kakitangan PEDi menerusi perkongsian emel. Seterusnya, permainan dimulakan secara serentak mengikut arahan yang diutarakan kakitangan PEDi sebaik sahaja setiap peserta berjaya memasuki portal permainan puzzle di dalam talian.

Di segmen pertama, peserta dkehendaki untuk menyelesaikan permainan puzzle berbentuk slaid (slide) dengan gambar rajah bunga raya yang menjadi simbol bunga kebangsaan Malaysia. Terdapat 1 ruang kosong berserta 8 kepingan gambar slaid puzzle yang wujud di papan slaid dan peserta perlu menyusun setiap gambar mengikut petunjuk berdasarkan susunan nombor di gambar yang mana secara keseluruhannya mempunyai 9 slaid puzzle setelah berjaya dilengkapkan iaitu berupa gambar puzzle bunga raya.

Sementara itu, permainan di segmen kedua dan ketiga mampu menguji para peserta untuk mengasah minda dengan meningkatkan kemahiran intelektual di dalam pengiraan angka. Situasi ini diperlihatkan apabila peserta bermain puzzle sambil mempelajari ilmu hisab atau lebih sinonim sebagai subjek matematik. Kemampuan mengira secara pantas dalam menyelesaikan soalan matematik di dalam segmen ini amat penting bagi mendapatkan klu kepingan-kepingan puzzle untuk menyempurnakan gambar puzzle.

Antara gambar puzzle yang harus diselesaikan oleh peserta di dalam segmen ini adalah gambar Jalur Gemilang dan Tugu Negara. Akhir sekali, permainan dalam talian bertemakan kemerdekaan ini juga sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada setiap peserta dalam menyuntik kembali semangat patriotik sebagai anak bangsa Malaysia untuk lebih menghargai jasa pejuang tanah air dalam memerdekakan negara sewaktu zaman penjajahan di samping dapat menambah pengetahuan tentang hari bersejarah serta menguji minda untuk berfikir kritis, kreatif dan inovatif.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *