Kelas Asas Penyuntingan Video

PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas asas penyuntingan video menggunakan aplikasi Canva yang telah disertai oleh 2 orang peserta dalam kalangan pelajar SMK Lubok Antu. Kelas ini berlangsung selama satu jam bermula dari jam 10:00 pagi hingga jam 11:00 pagi.

Kelas ini adalah untuk mendedahkan pelajar dengan cara menyunting video secara mudah dan menarik menggunakan aplikasi percuma di atas talian seperti Canva. Dalam kelas ini, pelajar telah diajar cara mendaftar pada aplikasi Canva terlebih dahulu.

Setelah itu, pelajar diajar cara memilih template yang bersesuaian dengan cita rasa mereka bagi tujuan penyuntingan. Di samping itu, mereka juga ditunjukan cara memuat masuk gambar, video, muzik,bunyi dan logo yang bersesuai dengan tema yang dinginkan.

Pelajar juga diterapkan dengan penggunaan video pembukaan dan penutupan dalam sesebuah video. Kelas ini diharapkan dapat membantu pekembangan idea dan memupuk kreativiti pelajar dalam penyuntingan video. Selain itu,kelas ini bertujuan memberi manfaat untuk menambah kemahiran ICT dalam kalangan pelajar.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *