Kelas Asas Shopee

PEDi Batu Gong telah melaksanakan kelas asas shopee kepada seorang peserta yang merupakan usahawan pengusaha makanan dan pakaian. Beliau yang menetap di PPR Batu Gong mula bergiat aktif dalam bidang keusahawanan sejak tahun 2020 semasa penularan COVID-19. Kelas bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan perniagaan secara digital. Terlebih dahulu peserta dikongsi mengenai latar belakang shopee dan pencapaiannya.

Seterusnya, peserta ditugaskan untuk membuka akaun shopee sedia ada melalui komputer untuk memudahkan proses pendaftaran sebagai penjual di shopee seller center. Dalam masa sama, peserta didedahkan dengan aplikasi dalam talian untuk penyuntingan gambar seperti canva dan poster wall.

Kelas diteruskan dengan membantu peserta untuk menyediakan kedai, dekorasi dan mengemaskini kedai secara maya itu. Akhir sekali peserta diajar untuk memuatnaik produk di kedainya dengan membuat ayat copy writing yang menarik.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:

-Peserta memulakan lankah untuk mendigitalkan perniagaan beliau.
-Peserta dikongsi dengan cara mendaftar akaun shopee seller center.
-Peserta dibimbing untuk mengemaskini kedai dengan memasukkan gambar profil, gambar latar dan penerangan berkaitan kedai di shopee shop.
-Peserta diajar untuk memuatnaik produk beliau dalam kedai di shopee.
-Peserta belajar untuk menghasilkan copywriting yang menarik

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *