Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Putrajaya yang merangkumi 4 buah PEDi iaitu PEDi Presint 9 Fasa 3, PEDi Presint 9 Fasa 10, PEDi Presint 16 dan PEDi Presint 18 telah berkerjasama untuk menjayakan program serta berkolaborasi dengan pihak Giatmara Putrajaya untuk menjalankan Program Pengenalan PEDi, MIV dan Advokasi untuk pelajar baru.Seramai 10 orang pelajar Giat Mara dan 7 orang staf PEDi Putrajaya telah menyertai program yang berlangsung selama dua jam
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan PEDi dan peranannya kepada komuniti, memberikan penerangan mengenai aktiviti serta kelas yang akan dilaksanakan iaitu memberi latihan ICT dan latihan keusahawan serta advokasi kepada para pelajar serta guru-guru Giatmara. Selain itu, pada tahun ini, kita telah memperkenalkan program terbaharu iaitu Rakan Digital kepada pelajar-pelajar Giatmara. Antara kelebihan mengikuti kelas ini adalah pelajar didedahkan dengan ilmu asas ICTdan ilmu asas keusahawanan. Selain itu, pelajar juga diberi taklimat advokasi. Program keusahawanan bersama Giatmara Putrajaya ini akan berlangsung selama empat bulan
Aktiviti yang telah dijalankan adalah Pengenalan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Putrajaya & Rakan Digital RD, Program MIV untuk Taklimat Klik Dengan Bijak, KDB bertajuk Buli Siber dan Check Your Label, disertai Kuiz Kahoot KDB. Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan akhir sekali sesi bergambar bersama pelajar dan guru Giatmara.